KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) – Agensi berita AFP melaporkan kenyataan Menteri Luar Jepun, Masahiko Komura yang mahu mendapatkan penerangan berhubung penangkapan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
ImageMasahiko dijadual menghadiri mesyuarat menteri luar negara anggota ASEAN di Singapura, minggu depan.
Dalam satu kenyataan yang dipetik AFP di Tokyo, ketua jurucakap Kementerian Luar Jepun, Nobutaka Machimura berkata, Jepun berharap menggunakan kesempatan mesyuarat itu untuk mendapat maklumat situasi yang berlaku sebelum membuat sebarang reaksi.
Anwar dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi setelah ditangkap sepasukan anggota polis bertopeng di hadapan rumahnya petang semalam; kurang sejam sebelum tempoh beliau menyerah diri untuk disiasat polis tamat.
Bukit Aman memberi tempoh sehingga jam 2.00 petang semalam untuk Anwar memberikan keterangan secara sukarela di Bahagian Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur.
ImageBagaimanapun, Anwar ditahan polis dalam perjalanan balik ke kediamannya di Segambut Dalam selepas memberi keterangan kepada BPR di Putrajaya.
Anwar menafikan tuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya dan menganggap tuduhan terbaru itu sebagai konspirasi kedua (selepas 1998) untuk menghalang rancangannya mengambil alih pentadbiran Putrajaya.
Jepun melihat rantau Asia Tenggara sebagai penting dan memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia Julai tahun lalu.
Sementara itu, Amerika Syarikat pada Rabu, lapor AFP menyatakan keprihatinan serius terhadap insiden penangkapan Anwar.- Harakahdaily
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim was released on police bail Thursday morning after having his statement recorded the night before, the Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said.
His statement was taken down to facilitate police investigations into the report lodged on June 28 by his 23-year-old former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan alleging he had been sodomised by the PKR de facto leader.
“He was arrested yesterday (Wednesday) as he was a suspect, and his arrest was made in accordance with the law,” Ismail said.
“Police followed every procedure and had even informed him and his lawyers that the warrant for his arrest had been obtained.
“He was treated fairly and according to due process of the law, which included allowing his wife (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) to visit him at about midnight,” he added.
Ismail said police would continue with their investigations.
He also appealed to the public not to speculate and to allow the police to investigate this case as they would any other case.
(mStar Online) – Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tiga tuduhan memfitnah termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri.

Raja Petra bersama Amarjit Sidhu tiba di IPKKL pagi ini. – foto AP
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Tuduhan ke atasnya dibacakan tengah hari tadi.
Tohmahan itu didakwa dibuat dalam akuan bersumpahnya yang diikrarkan 10.25 pagi 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Sivil Lima, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Pertuduhan itu berkait dengan akuan bersumpah yang menyentuh penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; pakar bahan letupan C4, Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya, Norhayati Hassan dalam kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.
Jika disabitkan kesalahan, Raja Petra boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis manakala peguam J. Chandra mewakili Raja Petra.
Ketika dibacakan pertuduhan, Raja Petra yang berada dalam kandang tertuduh berkata, beliau enggan mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan dan mengatakan ia adalah berniat jahat.
“Saya enggan membuat pengakuan atas alasan pertuduhan terhadap saya mempunyai kecacatan dan mala fide,” sebut Raja Petra berulang kali.
Dia turut menyatakan akan memecat peguamnya J. Chandra sekiranya Chandra bersetuju dengan pihak pendakwaan.
Tindakan Raja Petra yang tidak berhenti bercakap ditegur Majistret Nazran Mohd Sham yang berkata: “Saya tidak sempat menulis apa yang awak cakap, beri saya peluang, jika anda tidak menghormati saya tidak apa, tetapi tolong hormati mahkamah”.
Kes itu akan disebut semula pada 15 Ogos.
Kira-kira pukul 2.15 petang tadi, Majistret Nazran Mohd. Sham yang mengendalikan kes tersebut memutuskan Raja Petra boleh diikat jamin dengan RM2,000 dan menolak personal bon yang diminta peguam Raja Petra.
Selepas 90 minit berlalu, Raja Petra menerima keputusan mahkamah dengan ikat jamin RM2,000 yang disediakan oleh isterinya.
Terdahulu Anselm memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesemua tuduhan tetapi dibantah oleh Chandra dengan merayu jaminan sebanyak RM5,000 sahaja.
Ketika itu Raja Petra bangun sekali lagi dan menyatakan beliau tidak mahu sebarang jaminan dikenakan ke atasnya. Tindakannya itu menyebabkan mahkamah ditangguhkan seketika bagi membolehkan Chandra berbincang dengan anak guamnya itu.
Dalam pada itu, Chandra meminta personal bon (ikat jaminan tanpa penjamin) kerana sebelum ini Raja Petra tidak makan dan tidur dalam penjara. Bagaimanapun, Anselm membantah dengan berkata ia tidak relevan.
Sebelum itu, isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah bersama dengan dua peguamnya memujuk Raja Petra untuk menerima ikat jamin tersebut dan meneruskan perjuangannya di luar.
Kira-kira pukul 3.45 petang tadi, Raja Petra diiringi beberapa anggota polis keluar dari mahkamah untuk menyelesaikan prosedur ikat jamin.
“Tunggu sehingga 15 Ogos nanti,” kata Raja Petra apabila ditanya sebab mengatakan dakwaan tersebut adalah berniat jahat.
Sebelum dihadapkan di mahkamah Jalan Duta, Raja Petra dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan kemudian dibawa mahkamah Jalan Duta untuk didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.
Raja Petra tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 12.05 tengah hari tadi.
Ketika di IPK KL, Raja Petra turut ditemani oleh Marina Lee Abdullah dan seorang lagi peguamnya iaitu Amarjit Singh Sidhu ketika di mahkamah.
Polis telah memanggilnya untuk membuat keterangan pada 5 Julai lalu di bawah Akta 112 Kanun Kanun Prosedur Jenayah.
Pada hari itu Raja Petra Kamarudin berkata, beliau bersedia didakwa di mahkamah daripada mendedahkan sumber maklumat yang diperoleh olehnya berhubung dakwaan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today itu mendakwa, pihak polis telah memintanya mendedahkan pemberi maklumat tersebut.
Pada bulan Mei, Raja artikel bertajuk Petra dituduh menerbitkan Let’s Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman webnya pada 25 April lalu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Kali pertama penulis blog didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.
Hakim Nurmala Salim menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selepas peguam tertuduh, K Balaguru, tidak membantah jumlah yang dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keengganannya membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.
Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga anggota Parlimen Bachok di Parlimen hari ini, berkata parti ini mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.
“Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh di manipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.
“Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili. Asas ini harus dipegang dalam menilai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Di samping itu, beliau juga mengalu-alukan pembebasan Anwar namun memandang berat cara penangkapan yang dibuat terhadapnya.
“Kami memandang berat cara penangkapan Anwar yang dibuat polis semalam yang tergesa-gesa dan kasar walaupun beliau bersedia melaporkan diri dan memberi kerjasama.
“Kami akan terus berjuang dengan Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil berdasarkan suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi,” katanya.
Sebelum ini, peguam kepada Anwar, Sankara N. Nair berkata anak guamnya tidak membenarkan HKL mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa.
Katanya mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini.
Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.
(Malaysiakini) - The following is Anwar Ibrahim’s press statement providing his own account of what had transpired in the days leading to his arrest.
On Saturday, July 12, 2008, the police came to my house to serve a Section 111 Criminal Procedure Code notice, harassing my family and demanding my presence at the IPK Kuala Lumpur (Federal Territories Police headquarters) at 2pm on Monday, July 14, despite an earlier agreement with my lawyers for me to come to the IPK.
On the next day, Sunday, the police also served an ex-parte court order, prohibiting me from physically being within 5km from the Parliament on July 14. As you can see, my house and the IPK KL are within 5km radius from the Parliament building. The court order effectively put me under house arrest on Monday and at the same time prevented me from going to the IPK.
On July 14, the presence of police personnel outside the compound of my house strengthened our suspicions that they would be prepared to arrest me as soon as I left the compound of my residence, on the pretext of me violating the court order. The issue here, is which order should I comply with, the ex-parte court order or the Section 111 notice from the police?
On the same day, the police through the investigating officer, one DSP Jude Pereira wrote and faxed to my lawyer at about 1.06pm, informing that I was required to be present at the IPK KL on Wednesday, July 16 at 2pm to assist with the investigation. I conveyed my agreement to the appointment and it was communicated to the police through my solicitor, SN Nair and Partners via telephone and letter on the same day.
On Wednesday, July 16, I was at the Anti-Corruption Agency (BPR) head office to record my statement pursuant to the police report lodged by me at IPK Shah Alam on July 1, against attorney-general Gani Patail and inspector general of police Musa Hassan for their involvement in the fabrication of evidence way back in 1998. To ensure that we will be able to attend the appointment with the police at 2pm, we cut short our statement at the BPR’s office, and this fact was clearly conveyed to the BPR officers present.
Ambushed by masked men
At about 12.45pm, the investigating officer (IO), DSP Jude Pereira called Mr Nair to confirm about our attendance and Mr Nair confirmed that we would attend that 2pm appointment. We were about to have a quick lunch at my house before proceeding to the IPK. Five minutes later, we were ambushed by a team of masked and heavily-armed police personnel near my house.
I was arrested and brought to the IPK. I cooperated fully with the police by giving my cautioned statement from 2.30pm to about 7.30pm. At this particular point, the IO and the other officers handling this case were doing their job professionally. I was then given assurances by assistant commissioner of police Razali and later senior assistant commissioner II Khor (through my lawyer) that I would be released on police bail on the same day.
However, later on, upon my return from Kuala Lumpur General Hospital (HKL), the IO, DSP Jude Pereira informed me and my lawyers that I will be detained and put in the police lock-up overnight for the purpose of recording a further statement in the morning.
I and my lawyers protested, giving our undertaking that we will be back anytime required by the police to continue with the recording of the statement, and there was no need for me to be detained overnight, and that I should be released on police bail.
The police, through the IO were adamant that I should be detained and put in the police lock-up overnight, despite them knowing about my physical condition. I had to spend the night sleeping on a cold cement floor, which aggravated my back injury which was due to the beating I received from the then IGP, Tan Sri Rahim Nor on Sept 20, 1998.
This morning, after a short statement that was recorded for about 30 minutes, I was released on police bail. I was in pain and had to immediately receive some medical treatment upon my return home.
CID chief tells blatant lie
I now wish to deal with the statement of the Criminal Investigation Department (CID) director, Mohd Bakri Mohd Zinin as appeared in Utusan Malaysia today, inter alia
“Pasukan khas bertopeng polis terpaksa memintas kenderaan DSAI di Bukit Segambut di sini dan menahan Anwar ekoran tindakan Penasihat PKR itu mengubah haluan kenderaannya pada saat-saat tempoh yang diberi kepadanya untuk menyerah diri kepada polis pada pukul 2 petang ini hampir berakhir.”
This is a blatant lie from the CID director to cover up their shameful act of abuse of police powers. I have given the assurances and had just informed the IO five minutes before the disgraceful ambush by the police through my lawyer who was with me in the same car.
In addition to the above, Deputy Home Minister Wan Farid said, as reported in Star Online that, I “went voluntarily to the police car without any incident.” Again, this is also a blatant lie by the government.
I take to task the IGP for this abuse of police power against me through the events I’ve narrated above. It appears that the events of the last few days, the nature of my unwarranted arrest, my overnight incarceration which was actually absolutely unnecessary, were an act of personal vengeance against me in retaliation to the reports I lodged earlier against him, which are now being investigated by the ACA.
Why I refused to give my DNA
I have reasonable grounds for having no confidence in the system. In the course of the trial of the false allegations of sodomy in 1998, DNA evidence was fabricated and used against me. The persons responsible for the fabrication then were the IGP, SAC Rodwan and the AG, are new key players in this investigation.
Until now, I have been denied access to the police report made by the accuser against me.
My accuser is still under police protection and as such, any fabrication is possible if they take my DNA. My decision to refuse a DNA test is taken through advice of my lawyers and DNA experts, both local and overseas.
Ahli jawatankuasa pusat MCA Dr Tan Yee Kew meninggalkan MCA dan bakal mencetuskan kegemparan baru apabila bekas setiuasaha parlimen ini diura-urakan akan menyertai PKR.
Dalam sidang media mengumumkan keputusannya keluar parti hari ini, Dr Tan berkata “PKR satu pilihan yang baik” apabila diminta mengulas ura-ura itu.
Bagaimanapun beliau akan mengumumkan parti baru yang bakal disertainya tidak lama lagi.
“Bibit sistem dua parti telah ditunjukkan di negara ini pada 8 Mac… Saya yakin masanya telah tiba satu perubahan politik dalam negara kita,” katanya.
Mengulas usahanya menyokong sistem dua parti – antara BN dan Pakatan – yang sedang terbentuk selepas pilihanraya umum Mac lalu, beliau berkata:
“Sama ada sistem dua parti akan tenggelam akarnya di bumi Malaysia, sekaranglah ketikanya membuat keputusan.
“Sebagai seorang individu, kekuatan saya terhad. Bagaimanapun, jika dalam masa perubahan politik yang kritikal, saya boleh memberi sedikit bantuan, tidak kira bagaimana remehnya nanti, ia masih satu langkah yang bernilai diambil.”
Dr Tan, bekas timbalan ketua Wanita MCA, diura-urakan akan dilantik pengerusi Majlis Perbandaran Klang jika menyertai Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataan di sidang media di Klang, beliau menyatakan MCA gagal memperjuangkan nasib kaum Cina dan BN sendiri tidak mampu mengatasi pelbagai masalah rasuah, diskriminasi kaum, salah guna kuasa dan jurang kaya-miskin yang semakin meluas.
“MCA terpaksa berhempas-pulas untuk mempertahankan kepentingan kaum, tetapi kadangkala berakhir dengan menyerah dan kompromi,” kata Dr Tan.
Beliau juga melahirkan rasa kecewanya dengan persaingan puak dalam MCA dan desakan pembaharuan yang gagal dilaksanakan oleh barisan pemimpin parti.
“Dalam parti, amalan berpuak-puak telah menyebabkan pertelingkahan dalaman dan membiarkan amalan-amalan yang tidak baik seperti wujudnya ahli hantu.
“Pendedahan kebanyakan isu parti sejauh ini tidak diatasi secara adil dan saksama.
“Saya cuba memperjuangkan untuk pembaharuan tetapi kecewa melihat perjuangan parti yang bermula atas nama demokrasi dan reformasi, berakhir hanya dengan pertukaran kepimpinan dan peralihan kuasa, tetapi perubahan telah tidak dilaksanakan dengan jujurnya,” kata bekas setiausaha parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
- – Malaysiakini
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.
Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.
Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga “ukur mana yang perlu” dan beliau “ikut semuanya (arah doktor)”.
Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil “kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube”.
Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.
Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Mereka ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.
Beliau disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar bulan lalu.
Contoh DNA
Anwar juga menjelaskan bahawa beliau enggan membenarkan sampel DNA diambil atas nasihat peguam dan doktor.
Lagi pula, katanya, simpanan DNA-nya ada dalam tangan polis yang diambil secara paksa pada 1999.
“Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi,” katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.
Anwar berkata, beliau juga enggan membenarkan doktor di HKL mengambil contoh darahnya.
Sebelum dibawa ke HKL, katanya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi juga, dengan ikat jamin polis, selepas menjalani pemeriksaan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bebaskan malam tadi dan terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.
Hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.
Sakit pinggang
Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.
Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.
Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.
Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.
Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab “diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)”.
“Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya (media ketawa), atau ketua polis negara?” katanya.
Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.
“Saya rasa tak selesea, saya tidak ditunjukkan report (pengadu) itu, mungkin pindaan dibuat, dipinda, dipinda, dipinda, mungkin selepas statement saya dibuat, mungkin laporan itu akan dipinda,” katanya.
Katanya, ini kerana siapakah yang boleh membuktikan nanti bahawa laporan itu adalah yang asli.
KUALA LUMPUR, 17, Julai (SK)-Hakim Mahkamah Majestret hari ini bersetuju untuk mengatakan bahawa pertuduhan keatas Raja Petra Kamarudin adalah tidak lengkap.
Beliau akan dibebakan sehingga Peguam Negara meminda dan membuat satu lagi pertuduhan baru keatas beliau.
Sebelum ini, Raja Petra enggan berkata apa-apa berhubung akuan berkanunnya di Mahkamah yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Beliau pagi tiba di IPK KL kira-kira jam 10 pagi tadi dan seterusnya dibawa ke Mahkamah Jalan Duta.
Menurut laporan berita Malaysiakini, beliau dijangka didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung
akuannya 18 Jun lalu yang mengaitkan Rosmah Mansor dengan pembunuhan
wanita Mongolia itu.
Mei lalu, Raja Petra telah ditahan dan didakwa dengan tuduhan hasutan kerana penyiaran artikel bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderres to hell’ dalam lamanwebnya Malaysia Today.
SUmber : malaysia-today.net
Kuala Lumpur , July 17 2008
SUARA KEADILAN – Pejabat Anwar Ibrahim mengarahkan keselamatan rapi 24 jam menjaga keselamatan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seisi keluarga selepas terjadinya insiden menakutkan sedang mereka melawat Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.
Lif yang dinaiki Dr Wan Azizah berserta dua anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman tiba-tiba meletup, menyebabkan salah satu dari tali kabelnya terputus. Lif itu kemudiannya menjadi senget sebelum ia ditenggelami asap.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam ketika Dr Wan Azizah dan dua anaknya itu mahu menghantar persalinan dan kegunaan mandi kepada Anwar Ibrahim yang ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur.
Anwar Ibrahim ditahan sekembalinya beliau dari Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan.
Bomba dipanggil ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir satu jam untuk membuka dan menyelamatkan keluarga Anwar Ibrahim.
Peguam Sivarasa Rasiah dalam satu sidang media di luar IPK berkata kejadian itu “mungkin disebabkan penyelenggaraan lif yang tidak baik”.
Polis meminta maaf diatas kejadian tersebut, dan membenarkan Dr Wan Azizah membawa naik semua anaknya menemui Anwar Ibrahim. Sebelum itu, polis hanya membenarkan Dr Wan Azizah ditemani dua anaknya.
Sumber : SUARA KEADILAN
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terperangkap di dalam lif di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) Rabu malam ketika beliau melawat dan menghantar barang untuk suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang ditahan di IPKKL bagi siasatan tuduhan kes liwat. Semasa kejadian pada pukul 11.50 malam, lif dipercayai tersekat ketika Dr Wan Azizah yang ditemani anaknya Nurul Hana, menekan butang lif.
Sementara itu, Balai Bomba Hang Tuah mengesahkan menerima panggilan pada 12.02 pagi mengenai kejadian tersebut dan satu jentera bomba dikejarkan dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 12.08 pagi.
Dr Wan Azizah dan anaknya berjaya dikeluarkan pada pukul 12.25 pagi.
– BERNAMA
Rabu, 16 July 2008
Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.
Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket – dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.
Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.
Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.
Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.
Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai “tidak bertamadun” kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.
Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.
Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.
Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.
Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.
Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.
Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.
Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat. -
Sumber : Malaysiakini













