Khamis, 17 July 2008
Ketua Umum KeADILan Dato Seri Anwar Ibrahim bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap sekitar jam 1 tengahari semalam, demikian dimaklumkan Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua.
Perkara tersebut disebut dalam satu sidang media di luar Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur lewat malam tadi.
Anwar Ibrahim ditahan sejurus selepas Anwar dibawa pulang dari Hospital Kuala Lumpur pada 10.30 malam. Anwar Ibrahim dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
Menurut peguam Sivarasa Rasiah, Anwar ditahan semalam untuk dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta awal pagi ini, serta untuk disoalsiasat seterusnya.
Isterinya dan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di IPK Kuala Lumpur sekitar jam 11.30 malam bagi menyerahkan persalinan dan kegunaan tandas kepada Anwar Ibrahim.
Dari maklumat yang diterima Suara KeADILan Anwar Ibrahim dikurung dalam sel kosong tanpa katil, tilam mahupun apa sahaja.
Sedih melihat keadaan tersebut, Dr Wan Azizah Wan Ismail sekadar mampu memberi dua helai tuala sebagai alas badan suaminya itu dari sejuk simen dan serangga yang melata di lantai sel.
Sumber : www.malaysia-today.net












Julai 17, 2008 at 5:20 am
kalau nak tidoq sedap lain kali jgn balas pungkoq org…tak kan nak idup dlm penjara mcm tidoq kat umah..bangang betulla..kalau mcm tu aku pun nak msk penjara gak..cari la isu best2 skit..isu mcm mintak sedekah je..dah tua pun bodoh lg